Permata Insan Perintis Cendekiawan Islam


Kehadiran Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ke USIM memberi seribu satu harapan dalam memastikan Program Permata Insan mencapai kejayaan yang maksimum. Bertemakan "Menjana Cendekiawan Islam" adalah satu tema yang amat sesuai untuk melahirkan pemikir-pemikir yang cerdik pandai dalam bidang akademik dan khususnya dalam bidang agama.
Tidak hairanlah di masa akan datang terciptanya 1001 cendekiawan Islam yang mahir dalam pelbagai bidang. Bukan untuk dibanggakan malah untuk memastikan kesinambungan perjalanan para ilmuwan Islam terus dikembangkan. Cabaran masa kini yang amat sukar untuk ditangani membuka mata masyarakat untuk pandang lebih jauh dari hal sebenar. Tetapi ada sesetengah pihak yang menganggap usaha ini hanya satu pembaziran yang tidak ada manfaatnya. Sama sekali tidak benar dan rapuh kata-kata pihak tersebut kerana mereka bercakap tidak berasakan akal yang dianugerahkan Allah secara jujur.

1 comments:

Yuyu Ali said...

salam dik...bkn level komen ni but sje nk gtau...my new blog...http://belogayu.blogspot.com

Post a Comment