Media: Membina @ Meruntuh Perpaduan-Di Luar Lingkungan Bersama Sayed Munawar


Saya tertarik dengan tajuk bual bicara ini. Ini kali pertama saya menonton rancangan yang dihoskan oleh Sayed Munawar. Pada pandangan peribadi, media adakalanya membina dan adakalanya meruntuhkan.Media boleh dikategorikan kepada dua iaitu media lama dan media baru. Media lama seperti akhbar, majalah, risalah, televisyen dan radio. Manakala media baru seperti internet dan blog. Media boleh membina apabila kandungan berita atau cerita yang ditulis menceritakan fakta yang benar kepada pembaca. Kecelaruan dan kekhilafan fakta yang tidak tepat mengundang padah dan seterusnya boleh mengucar-kacirkan pemikiran pembaca. Menurut Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, media lama perlu berubah untuk bersaing dengan media baru kerana arus teknologi yang semakin canggih menyebabkan perkara ini berlaku. Anjakan kehadapan dari segi etika dan norma perlu mengikut arus perubahan semasa. Jangan berada di takuk yang lama.

0 comments:

Post a Comment